Cerita cikgu

Hari ni Allah buka mata saya seluas luasnya. Seorang anak murid mengadu yg budak lelaki bernama F ni ketuk kepala dia.

Cikgu: awak buat/cakap apa sampai dia ketuk awak?
Murid perempuan: takde apa cikgu. Tiba2 dia ketuk

Saya bertanya lebih lanjut kepada F sebab musabab dia buat begitu.

Cikgu: kenapa awak buat nadia macam tu? Dia buat apa? Dia ada pukul awak? Mengata awak?
F: takde cikgu.
C: dahtu? Kenapa nak pukul dia tak masal? Awak kena pukul dengan siapa? (Saya pegang lengan)

Tiba2 dia menarik lengannya dengan cepat. Mengaduh kesakitan. Walhal saya baru pegang. Pelik. Saya bawa ke perpustakaan di corner yg ada sofa.
C: awak kena pukul dengan siapa?

Terus air mata mengalir keluar. 

F: ayah saya.
C: dia pukul kat mana? Sini ye? (Sambil memeriksa lengannya yang berbirat kemerahan)
C: dia pukul dengan apa?
F: pancing
C: awak buat apa sampai dia pukul awak mcm ni? Awak nakal ye?
F: taktau cikgu.  Tiba2 dia pukul (air mata laju keluar)
C: bila ni?
F: semalam. 
C: waktu bila? Pagi? Petang? Siang? Malam?
F: waktu maghrib. 

Lepas tu nasihat selanjutnya diberikan agar beliau tidak memukul anak orang lain.

Kesimpulannya,  keganasan yang berlaku dalam domestik akan berlanjutan hingga ke komuniti.  Banyak sebab berlaku keganasan. Namun sewajarnya sebagai seorang guru, jangan sesekali kita turut terjebak dengan berlaku ganas kepada anak murid kita. Janganlah lempang, cubit,  pukul anak murid kita. Percayalah pada hikmah sebagaimana Rasulullah tunjuk dalam akhlaknya. Anak murid yang masih berada di sekolah rendah adalah mudah disentuh berbanding dengan sekolah menengah.  Tolong lah. Berhenti hukum fizikal anak murid. Kita nak lahir kan rakyat Malaysia yang baik. Bukan ganas.

Klinik kerajaan vs klinik swasta

To be honest, for maternity checkup  I went to both.
Klinik kerajaan: kemudahan makmal terkini dan pemeriksaan adalah menyeluruh. Example, hb count, urine test, etc. All was done in a day. I would like to congratulate staff at Klinik kesihatan larkin and kempas for doing efficient work. At the same time I went for specialist check up with gynae dr rajesh at Columbia Asia Nusajaya Hospital. He asked me about my hb count and monitor me till my baby delivery. Nurses at klinik kesihatan are very concerned about our health. VERY concerned to the extent they want to make sure there is not much complication during my pregnancy. A specialist doctor would never do a nurse’s job. He only butts in when there’s special case. so i prefer both clinics. Private and government. Kalau kat hospital private pun kalau ramai patients kena tunggu juga… doa la banyak2 there won’t be much complications during pregnancy. Just my two cents.

6 Musuh utama ibu menyusu

1- kafein. Segala bentuk kafein samada kopi, teh atau minuman tenaga yang mengandungi bahan kafein akan menyebabkan penurunan penghasilan susu badan secara mendadak. Berlaku pada diri sendiri. Minum campuran kopi kacip fatimah dalam masa 3 hari, dari dapat hasil sebanyak 3 botol terus jadi 1 botol. Sangat jahat kafein ni. Air pearl kacip patimah tu pun mengandungi kafein walaupun bukan kopi. Sila rujuk tin utk kandungan.
2- stress: sebaik saja melangkah semula ke alam pekerjaan, banyak kerja terbengkalai yang perlu dilunaskan akibat pengambilan cuti bersalin selama 60 hari. Oleh itu, kadar stress adalah amat tinggi. Tatkala badan baru hendak sembuh selepas bersalin, stress bekerja akan memburukkan lagi keadaan. Susu badan akan mula berkurangan sekiranya stress ini tidak dapat dikawal. Si suami perlu mainkan peranan untuk mendengar luahan isteri dan berikan hormon oxytocin secukupnya agar kuantiti susu badan dapat ditingkatkan semula.
3- penyakit malas nak perah/pam: tak kira la anda beli breast pump yang seratus atau seribu, tapi kalau malas pam, maka kuranglah susu badan kerana susu dihasilkan atas dasar “demand & supply” (susu badan pun pandai ilmu ekonomi)
4- makanan bergas dan sejuk: kalau boleh ibu menyusu perlu pantang makanan bergas dan sejuk selama 6 bulan agar anak tidak kembung dan ibu takkan berasa “demotivated” untuk menyusukan. Pernah sekali saya tersilap makan tempe, masa tu irfan belum cukup 3 bulan, melalak la dia sampai 3 pagi. Mak bising, kalau tak nak jaga makan, bagi anak minum formula.  Wah, aku memang pantang bagi anak minum formula selagi Allah bagi kudrat dan rezeki susu yang banyak. Lepas tu mula la jaga makan. Kalau nak makan pun try dalam kuantiti yang sangat sedikit supaya irfan dapat biasakan diri and tak la teruk sangat kembung nya (colic). Makan lambat pun tak elok sebab angin dari badan ibu akan transfer ke anak.
5- makanan kurang berkhasiat: kalau ibu kurang jaga pemakanan, kuantiti dan kualiti susu juga turut berkurangan. Apa motif beri anak susu badan kalau bukan kerana khasiat yang tinggi serta bekalan antibodi terbaik?  Bagaimana nak dapatkan yang terbaik kalau raw material untuk penghasilan susu kurang kualiti?
6- minda negatif: segala kata-kata negatif seperti “susu kurang, badan penat, tak larat nak menyusukan” dan sebagainya adalah musuh utama ibu yang menyusu. Penghasilan susu bermula dari niat dan pemikiran ibu. Jika ibu berfikiran positif,  insya allah kualiti susu akan tinggi (Prof Muhaya) disertai dengan zikir “subhanallah dan astaghfirullah”, yakinlah kepada pemberi rezeki (ar-razak) agar susu badan mencukupi.

Menguruskan susu perahan

image

Alhamdulillah dah 5 bulan menyusukan anak. Ada banyak cara nak urus ebm- expressed breast milk. In my case I ada beli ice box coleman 8 liter. Dalam tu muat la breast pump, beberapa botol susu utk ebm dan ice pack. Dulu buat ice pack guna mineral bottle yang diisi air dan kemudian difrozen dlm freezer. Idea ni dapat semasa baca blog Azizulhasni Awang masa dia training di Australia. Atlit perlu jimatkan air dan pada masa yang sama atlet perlu berendam dalam ais lepas training. Minggu lepas I pergi ke kedai Daiso jumpa ice pack yg guna blue liquid tu and tahan utk 12 jam. Lagi space savvy. Mak2 boleh pump susu di merata tempat bila2 masa selagi Allah kurniakan susu badan.

image

Coleman ini dibawa merata.

Cuma perlu kuat semangat.  Insya Allah kalau ada rezeki nak juga cuba medela freestyle tu. Nampak macam convenient and travel friendly. Dalam wayang pun boleh pump!

Case Study of cyst

I am not eligible to write a medical journal but this is my own case study and I put it up on the Internet in case any individual can find benefit with it. I was diagnosed with cyst when I knew about my first pregnancy. Back then the size wasn’t a worry. It was 3.3 x 3.6 centimeters. It was a pain when I carry my first pregnancy and then I had follow up with specialist for 3 months and the size was stagnant. Then I had my second pregnancy and my gynae could not see it much due to the growing uterus. 4 months (my appointment is on the third month and I was a month late) after delivery I had my pap smear done and also ultrasound scan. I was surprised to see the cyst size has doubled to 6.82 x 5.18 centimeters. Then I understand why I had pain sometimes on my lower left abdomen. My gynae had seen the worst cases and his main concerns are: 1- twisted cyst which can cause quite painful pain 2- hemorrhage 3- puss 4- rupture 5- cancer (rare case but it happens) Hence I have been given 10 days grace period before I get my pap smear test results and see him again for the decision. He told me that I can remove it using scarless and almost painless procedure. My specialist gynae has certificate in minor invasive surgery from India. He said there are many benefits of this procedure. Patients would not be cut open but only small cut needed from belly button. Less cost as patients does not have to stay long in ward. Not much medicine. I have another option which is suggested by a confinement lady in Penang. http://iceblessedbeauty.blogspot.com/?m=1 I have to work hard for 10 days and use herbal medicine to shrink the size of the cyst. So now I am planning my diet and taking medicinal herbs and doing bertangas kering.

image

May Allah ease my case and I hope I will not have to do the surgery although he is the best gynae in jb and his procedure is the best because… I have to take 2 weeks leave and I pity irfan because he is fully breastfeed.

Pengalaman bersalin di Hospital Columbia Asia Nusajaya

Macam mana mula kenal hospital ni ek? Hospital ni paling dekat dengan rumah. Mulanya doktor kerajaan yg suggest pergi sini sbb sini lg canggih ultra sound machine nya. Gynae yg dicadangkan ialah Dr. RAJESH. Orangnya kelakar. Professional. Mula datang dengan husband. Dia explain everything is good etc. Check dgn dr RAJESH ni kadang2 je. Selalu check up dengan klinik kesihatan larkin. Servis mmg pantas. Dekat dgn sekolah pula tu.

So about the hospital, it is new. Very nice interior and architecture. Nicer than puteri n KPJ Abdul Samad. Macam masuk hotel. Uniform staff memang lawa.

Labour room dia simple. Maybe sebab i dpt bersalin normal. Ada tempat letak kaki. Dulu masa beranak fahmi atas katil je. Koyak perinium weh. Atas siling ada arah kiblat utk bapa2 yg nk azankan bayi sebaik saja lepas lahir. Suami boleh masuk kalau xde komplikasi. Omar siap jd assistant lg. Haha.

Wad dia xde la ngeri sgt rupanya. Dari luar nmpk gelap n isolated. But i got a room mate. Also a teacher who had Caesar a day before I deliver. The bathroom is clean. The nurse will accompany u to the toilet n help u necessarily. 

What i like the most is the price.  Tak mahal mcm private hospital yg lain. For normal delivery, 2.5K sahaja. Bil ibu dan anak. Kalau Caesar baru 3.5k. Sbb tdo lebih kat hospital. 

I really like dr rajesh because he wanted me to have the normal delivery. No drug at all. No pain killer. Very supportive and cheerful. I should send him flowers kan?

Paediatric pun x mahal mcm pakar puteri. Pakar puteri rm 200. Patut laa derg doktor melayu gaji sebulan rm300k. Hospital ni yg plg kaya dr teh. Patient dia mmg beratoq. About my paed, Dr rohaizad mmg pandai layan fahmi yg banyak ragam kalau time sakit. Tadi kena charge 70 for ubat n 40 for consultation. Will see how it goes. May Fahmi gets better soon. Ameen.